Kepada semua pelajar PhD dan master dibawah bimbingan saya. Terlebih dahulu saya ucapkan selamat Tahun baru 2011. Sempena tahun baru ni sama-samalah kita berazam untuk menempuh kejayaan. Bagi memulakan tugasan tahun baru ini ialah dengan mula berjinak-jinak dengan journal dan artikel dari internet tentang masalah atau isu yang sedang kita fikirkan. Ingat apabila kita mula nak fokus perkara-perkara berikut perlu kita pertimbangkan:-
1. Bidang yang hendak dikaji perlu berkaitan dengan kekuatan yg ada pada kita.
2. Isu yg hendak dikaji telah dikaji oleh pengkaji lain.
3. Apakah yang cuba kita selesaikan dalam isu ini.
4. Perlukah kita menjalankan kajian bagi menyelesaikan masalah?
Mulakan tugasan anda yang pertama…
Good luck.
Rgds,
14/1/11